MELAKA: Siasatan kes salah guna kuasa dan rasuah melibatkan pegawai atau penjawat awam di Melaka dilihat menurun ekoran daripada pelbagai pendekatan yang dilaksanakan secara proaktif antara ketua jabatan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad bagaimanapun tidak mendedahkan perbandingan jumlah kes yang disiasat agensi itu untuk tempoh tertentu.
Beliau berkata antara pendekatan itu ialah penganjuran Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam kalangan penjawat awam di negeri itu bagi meningkatkan tahap integriti agar mereka lebih bertanggungjawab melaksanakan tugas dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah.
"Kita tahu rasuah ini infiniti dan usaha membanteras serta memerangi rasuah bukan terletak pada SPRM semata-mata, sebaliknya ia memerlukan kerjasama semua pihak.
"Jadi, salah satu usaha ialah menerusi IBR yang melibatkan ikrar serta aku janji seseorang. Di Melaka, usaha berkenaan giat dilaksanakan dengan kerjasama agensi dan jabatan agar kesedaran menghindari perbuatan itu dalam menjalankan amanah atau tanggungjawab sebagai penjawat awam dapat ditingkatkan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis IBR Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) melibatkan 30 pegawai dan kakitangan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif PTHM Ismail Hasim.
Mohd Shahril berkata pihaknya juga melaksanakan bengkel pemurniaan berkaitan risiko rasuah dan cara menghindarinya melibatkan golongan berisiko terdedah kepada perbuatan itu seperti penguat kuasa dan kakitangan bahagian perolehan.
"Menerusi bengkel ini kita akan memberi taklimat berkaitan proses yang perlu dilakukan supaya kejadian atau kes rasuah dapat dihindari," katanya.
Menurutnya SPRM sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana jabatan atau agensi kerajaan negeri yang ingin melakukan IBR kerana usaha ini selaras dengan Pelan Anti Rasuah Nasional dan Pelan Anti Rasuah Melaka.
Katanya setakat ini lebih 20 agensi dan jabatan kerajaan negeri telah melakukan IBR.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 07 2023
Ismail (kiri) menyerahkan dokumen ikrar aku janji bebas rasuah kepada Mohd Shahril pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah PTHM bersama SPRM Melaka di Melaka, semalam. --fotoBERNAMA
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara- PM
Rakyat dituntut agar kembali menjiwai dan mengamalkan roh Islam dalam apa jua situasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 100,000 baucar buku ditebus dalam tempoh tiga hari - Fadhlina
Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat hari ini iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
SPRM tahan bekas CEO kemuka dokumen palsu
SPRM Melaka menahan seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkaitan anak syarikat kerajaan negeri Melaka hari ini bagi membantu siasatan membabitkan tuntutan palsu pelupusan kenderaan.
Salah guna kuasa, rasuah dalam kalangan penjawat awam di Melaka menurun
Antara pendekatan diambil ialah penganjuran Ikrar Bebas Rasuah dalam kalangan penjawat awam bagi meningkatkan tahap integriti.
Dua individu direman palsukan dokumen darjah kebesaran
Kedua-dua mereka dipercayai mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu.
Terima rasuah kereta, SPRM Melaka tahan pegawai kanan universiti awam
Suapan diterima daripada syarikat kontraktor sebagai dorongan untuk memperoleh tender terbuka bernilai lebih RM1.6 juta.
SPRM Melaka tahan bekas pengarah agensi kerajaan disyaki terima rasuah
Suspek berusia 55 tahun itu ditahan pada pukul 4.55 petang Khamis ketika hadir ke Pejabat SPRM Melaka.
Tiga anggota polis termasuk ketua balai ditahan SPRM
Kesemua suspek termasuk seorang Ketua Polis Balai (OCS) berusia 57 tahun ditahan lewat petang Selasa dalam serbuan di sebuah balai polis di Melaka.
Seleweng dana: ADUN Sungai Rambai ditahan SPRM, dihadap ke mahkamah esok
Mereka dikehendaki hadir di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh untuk dituduh pada Selasa.
Bekas pembantu tadbir seleweng wang biasiswa RM2.5 juta ditahan SPRM
SPRM Melaka mendapati suspek telah memasukkan wang biasiswa pelajar di sebuah sekolah agama milik kerajaan negeri ke akaun peribadinya.